Monday, March 30, 2009

Airmata bertamu lagi

Entah kenapa, malam ini, aku menangis lagi. Untuk kesekian kali.

Menangis mengenangkan kisah silam yang tidak pernah jemu datang bertamu. Menangis mengenangkan nasib yang bakal aku hadapi kelak.

Jauh disudut hati, terasa begitu ngilu, bak belati yang membelah tajam, sakitnya tidak terperi. Nak ku luahkan pada teman, aku tidak punya seorang teman yang rapat pun. Nak ku luahkan pada keluarga, aku malu. Terlalu banyak duka yang pernah menjadi penghuni dilubuk hatiku ini. Tak sanggup rasanya untuk aku kongsikan bersama mereka.

Lantas, aku mengambil keputusan, untuk ku coret dan luahkan segala yang terbuku dihati menerusi blog ini. Harapanku cuma satu, biarlah segala yang terpendam, dapat ringankan sedikit demi sedikit.

Doaku, agar mereka yang pernah mengecewakan aku sebelum ini, terjumpa akan blog luahan ku ini, dan dapat memahami kekecewaan yang sarat menyesak dada. Biar mereka merasa berdosa dan terdera atas tindakan yang telah mereka lakukan.

Aku juga punya perasaan. Lalu, kenapa aku saja yang sering dikecewakan? Kenapa takdir jarang menyebelahi aku??

Masih adakah sinar harapan buat ku?

5 comments:

DramaQueen said...

La Tahzan..

Allah maha mengetahui akan kedukaan yg dikurniakan kepada kamu. Mungkin bakal menerima cahaya kegembiraan.
Persoalannya, bila? dan dimana? maka..jawapannya..bersabarlah..

moga tenang selalu!

Anonymous said...

Kasih rasa yang sama... Sakit yang amat!

Keylee Daud said...

semoga jaya

~~Love Never End~~ said...

Jgnla dirimu menangisi takdir yg tlah ditetapkan untukmu, mgkin ada hikmah disebalik kesedihan dirimu slama ini, mgkin Allah menjanjikan sesuatu yg bahagia buatmu kelak, Jika dirimu memerlukan teman, diriku sentiasa disisi, dirimu boleh meluahkan pdku, dan jgnla kau pendam sendirian kerana diriku khuatir drimu akn jatuh sakit..
take care my friend!

bud@k_p$!k0 said...

bila hati hidup kerana ALLAH, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah, kejayaan dianggap satu mimpi indah, andai ditakdir rebah, hati tetap redha kerana ALLAH,tabah dan mujahidah menempuh tiap lurah, tiap agendanya punya hikmah, agar hati disinggah indahnya kasih ALLAH..

sinar harapan sentiasa terbuka bg sesiapa yg berdoa dan terus berdoa pd yg ESA..

ingatlah..
"carilah hikmah dlm setiap ketentuan ALLAH supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran, setiap yg payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran.."

 

Malang seorang aku yang abnormal © 2008. Design By: SkinCorner